Borong Corner Dropship

Apa itu drop ship ?

Kini borongcorner melangkah setapak lagi dengan menyediakan perkhidmatan drop ship di mana anda boleh mempromosikan semua produk yang dijual oleh borongcorner kepada rakan-rakan anda samaada melalui internet atau beritahu rakan tanpa mengeluarkan modal. Apabila pelanggan anda menempah sesuatu produk, kami akan menghantar produk tersebut kepada pelangan anda menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Anda pesan melalui laman ini, bayar harga drop ship murah dari harga pasaran dan kami pos kepada pelanggan anda dengan menggunakan nama dan alamat anda sendiri.

Apa kelebihan drop ship ?

- Tidak memerlukan modal untuk membeli produk.
- Tidak perlu menyimpan stok.
- Tidak perlu menghantar produk kepada pembeli.
- Terus mendapat keuntungan kerana anda hanya membayar harga kos barang dan penghantaran (dropship).
- Dan banyak lagi…

Bagaimana proses dropship dilakukan ?


1. Apabila pelanggan ingin membeli produk yang kami tawarkan di laman web anda, samaada melalui email, rakan, SMS, blog, Facebook dan sebagainya, anda mempunyai peluang untuk menjana wang melalui internet.

2. Pelanggan membuat pesanan dan seterusnya membuat pembayaran.

3. Anda membuat pesanan yang sama di blog kami dengan masukkan butir-butir lengkap maklumat didalam form yang telah kami sediakan.

4. Kami akan proses pesanan yang lengkap dan setelah pembayaran di buat, kami akan hantar kepada pelanggan anda bagi pihak anda menggunakan Pos Laju.

Syarat-syarat Menjadi Ejen Dropship


1.Untuk menjadi ejen dropship borongcorner, anda perlulah membuat pendaftaran terlebih dahulu.

2.Bayaran akan dikenakan sebanyak RM30 untuk keahlian seumur hidup.

3.Setiap ejen akan diberi nombor keahlian.

4.Ejen hanya perlu membuat bayaran mengikut harga ejen dropship yg ada tertera disetiap bawah gambar bersama kos penghantaran yg akan dinyatakan kemudian.

5.Harga yang ditawarkan pada asasnya adalah tidak termasuk kos penghantaran.

6.Penghantaran adalah menggunakan khidmat Pos Laju sahaja.

7.Sekiranya pelanggan anda mengalami masalah kelewatan menerima barang sila maklumkan kepada kami,kami akan cuba menagani masalah tersebut dan maklumkan kpd anda semula.

8.Setiap penghantaran hanya dibuat setelah menerima bayaran penuh.

9.Ejen dibenarkan untuk membuat belian bagi diri sendiri.

10.Ejen dibenarkan untuk meletakkan harga yang lebih tinggi atau lebih rendah sedikit daripada harga yang kami syorkan selagi mana berpatutan atau sesuai dan dapat dijual

11.Borongcorner dropship berhak untuk mengubah terma & syarat ini dari masa ke masa mengikut kesesuaian keadaan tanpa perlu mengeluarkan sebarang notis awal.

Sila Ambil perhatian!!


Bagaimana ingin tahu stock barang available atau tidak..sila lihat qty available yg tertera atau boleh juga bertanyakan kpd kami di rahani.rais@yahoo.com ....

Borang Pendaftaran menjadi agen dropship!!


Sila emailkan butiran seperti dibawah ke rahani.rais@yahoo.com :

1. Nama agen:
2. Nama pd Borang kiriman :
3: Alamat :
4: Tel no :

Bayaran yuran keahlian sebanyak RM30 boleh dibuat melalui

Maybank Acc.No 101534033191 Rahani Rais
Cimb Acc.No 7609191455 Rahani Rais

sertakan sekali bukti bayaran .

*Kemudian tunggu saya reply untuk mendapatkan no keahlian..senang je..

Saturday 16 December 2017

Allie & Bell sweater kids-Green Color

Posted by Borong corner at 12/16/2017 05:53:00 pm
Allie & Bell sweater kids-Green Color

Size:

100 /2y Available ( 2pcs)
110/3y Available ( 1pcs)
120/4y Available ( 2pcs)



Dropship Members Price RM25.00/pcs   
Suggestion Price RM30.00
Berat Anggaran +/- : 350gram/pcs








Cara Membuat Tempahan

Memandangkan Form selalu buat hal...cara yg terbaik adalah tempahan dibuat melalui email shj..
Hantarkan tempahan anda melalui email rahani.rais@yahoo.com dan pastikan butiran dibawah ada sekali ya....

Dropship Members Number :

Item(s) code & Quantity:

Your customer Name,address and tel.no :

 

Borong Corner Dropship Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting